Pages

Tuesday, August 17, 2010

Guna blog untuk cipta income?

Aku tak tau la apa kepandaian aku untuk mencipta income guna blog ni. Klu x ada blog pun aku memang tak berapa nak reti cipta income. Typical melayu la. Not a business minded bak kata pak mentua tiri aku (Almarhum dah). Tapi ada pulak sahabat aku suh bebeno aku cipta income ngan blog ni.

Cipta income?
Slalu kita dengar org kata cari income, cari kebahagiaan, cari itu cari ini.. Tapi aku ada sorang sahabat ni (dunia akhirat, insyaAllah). Dia ni mmg banyak cakap.Tapi cakap dia berisi. Aku je la yang payah nak diisi. Bocor sana sini. Sahabat aku ni semenjak dua menjak dia masuk HPA ni bukan main lagi. Bisness sokmo. Pastu dia yang nasihatkan aku dengan kata kata semangatnya, "mari kita mencipta income." Aku pun tanya, "cipta income?? Eh, apa daaa cipta income.."

Kita ni selalunya suka benda yg dh ada. Jadi kita selalu sibuk mencari benda yg rasa-rasa cam ada tapi x tau kt mana. Sibuk la kita dok carik sana sini tp berapa ramai yg berjaya?  Bahkan kebanyakkannya x berjaya mana pun. Lagi ramai yang kecundang dalam pencarian.

Contohnya, biasa orang sebut, aku nak cari kebahagiaan. Tapi kebahagiaan yang dicarik tah ke mana. Kebahagiaan yang macam mana dia nk carik pun dia sendiri x tau. Berangan je lebih. Persoalannya, kenapa harus mencari kebahagiaan atau mana nak carik? Tapi kalau kita mencipta kebahagiaan, kebahagiaan tu boleh ada di mana-mana.. Kita akan jumpa macam-macam cara untuk mencipta kebahagiaan.

Camtu gak ngan bisnes ni. Kalau kita dok mencarik-carik bisness yang kununya seswai ngan jiwa raga kita je, alamatnya mmg xkan jumpa. Sbbnya kita sendiri terutama akula, bukan tau bisnespun. Kalu dh x tau bisnes agak-agak bisnes macam mana nak kita carik?? kwang kwang kwang... satu persoalan menarik tu.

Tapi, kalaulah kita boleh mencipta peluang kan lebih bagus. Sebabnya apa yang kita ciptakan tu cuma kita je yang tau. Orang lain x tau. Apa-apa yang kita cipta tu hanya untuk kita la. Berbeza ngan apa yang kita cari yang dah tentu kita kena share ngan org lain...

Eh..korang paham ke tak apa aku cakap ni (pinjam kata-kata Ustz. Zahazan)

Sat, nak prebiew dulu. Kot panjang sangat merapu bukan korang nak bace pon..

Rasa-rasa dah la kot. Cukup sampai di sini. Lain kali sambung.

Nak cari perkhidmatan IT yang termurah dan termudah?

Kalu ada sesapa yang perlukan perkhidmatan IT, kat bawah ni aku perturunkan apa perkhidmatan yang aku boleh buat;


Antaranya:
  1. Jual beli komputer, tu biasa la.
  2. Repair/upgrade komputer, tu pun biasa la.
  3. Troubleshooting, pun biasa gak.
  4. Ni akunye kepakaran, Network Design and System Installation (Korang jangan suruh aku terjemah dlm BM. Nanti lain jadinya).
  5. Firewall for SME and Schools and Non Business Organizations
  6. Kalu sesapa yang nak ada Domain name sendiri tapi kedekut nak kuar duit, tau nak free je manjang, pun bleh tanya aku.
  7. Kalu ada yang nak memiliki email address ngan nama domain sendiri, tapi kedekut jugak x nak kuar duit pun boleh cari aku.
  8. Kalau ada sekolah yang tak mampu nk beli komputer banyak-banyak tapi nak guna komputer banyak, pun boleh cari aku.


Harga aku paling murah kat Meru (aku rasa la). Sbb aku ni bukan pandai bisness pun. Tengok muka seposen je, aku dh naik kesian. Cam mana aku nak caj tinggi...

Dan bagi sesapa yang nak carik tabib atau tukang urut dan bekam, sila jumfa sama ini tabib la...http://rezekihalaluntungberkat.blogspot.com/ <---- ni sahabat ana la. Hantu dan jin dia funya bidang la...